Pengenalan
Sejak tahun 2018, OECD telah melaksanakan Projek Anti-Rasuah dan Integriti Perniagaan Asia Tenggara (SEACAB) OECD1Projek SEACAB ini adalah sebahagian daripada Projek Anti-Rasuah & Integriti OECD, satu inisiatif yang dibiayai oleh United Kingdom’s Prosperity Fund. yang bertujuan untuk mempromosikan integriti perniagaan di rantau Asia Tenggara, termasuk dengan pengukuhan kesedaran perniagaan dan keupayaan untuk mengurangkan risiko rasuah. Projek ini dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan kongsi dan projek-projek di rantau Asia Tenggara. Antara aktiviti yang dijalankan di bawah naungan Projek SEACAB adalah: (i) bengkel tematik rantau dan acara aksi kolektif, (ii) pembangunan kapasiti, (iii) laporan rantau mengenai trend anti-rasuah dan penilaian risiko rasuah.
Tugas yang terakhir dalam projek ini dilancarkan dengan nama “Instrumen Penilaian Kendiri untuk Proses Penilaian Risiko Rasuah” adalah satu instrumen interaktif yang direka khas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),2PKS adalah syarikat yang mempunyai kakitangan yang kurang daripada 250 orang. sama ada mereka beroperasi di Asia Tenggara atau di rantau yang lain. Kaedah ini telah dipilih untuk memberi sokongan kepada syarikat dalam pelaksanaan penilaian risiko rasuah di seluruh rantaian bekalan di Perbadanan Multinasional (PMN).
Instrumen ini adalah komprehensif dan dapat merangkumi kepelbagaian PKS yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Instrumen yang dicadangkan ini juga mempunyai kandungan yang mencukupi (adequate length and complexity) dan tidak memerlukan masa dan sumber manusia yang banyak, iaitu faktor yang penting dari sudut pandangan PKS. Oleh itu, instrumen ini bukanlah satu alat yang menyeluruh dan direka untuk memudahkan pelaksanaan dan dapat dilakukan dengan cepat dan jelas. Di akhir kajian soal selidik ini disediakan senarai sumber maklumat yang dapat digunakan oleh PKS untuk membuat penambahbaikan kepada penilaian risiko rasuah mereka, bergantung kepada markah yang diperoleh.
Instrumen Penilaian Kendiri untuk Proses Penilaian Risiko Rasuah ini dibina berdasarkan topik utama yang terdapat di standard risiko rasuah nasional dan antarabangsa. Instrumen ini boleh digunakan oleh PKS untuk mengenal pasti bahagian yang boleh ditambah baik dalam proses penilaian risiko rasuah seperti yang telah ditetapkan.
Instrumen Penilaian Kendiri untuk syarikat tidak melibatkan apa-apa jenis pensijilan proses penilaian risiko. Instrumen ini juga tidak memberi jaminan sama ada syarikat memenuhi apa-apa keperluan undang-undang nasional yang berkenaan. Tambahan, instrumen ini juga adalah tanpa prejudis kepada pandangan ahli OECD dan ahli-ahli lain daripada Kumpulan Kerja OECD mengenai Rasuah.
Apakah Penilaian Risiko Rasuah?
Penilaian risiko adalah satu proses pemetaan untuk menilai risiko yang menyumbang kepada pencapaian objektif syarikat. Secara khusus, penilaian risiko rasuah bertujuan untuk mengesan dan mengukur bahagian dan aktiviti yang mempunyai risiko ketidakpatuhan dengan undang-undang nasional dan standard antarabangsa yang berkenaan serta amalan baik dalam bidang anti-rasuah. Penilaian risiko rasuah perlu merangkumi semua jenis transaksi perniagaan domestik dan antarabangsa dan operasi yang dijalankan oleh syarikat, dengan mempertimbangkan konteks perniagaan dan persekitaran di mana syarikat beroperasi, serta negara dan/atau rantau di mana berlakunya aktiviti ini. Proses penilaian risiko rasuah tidak boleh mengabaikan integriti dan reputasi pihak ketiga yang dilantik bagi pihak syarikat3Ini adalah jangkaan yang telah ditetapkan di dalam standard tingkah laku perniagaan antarabangsa, Untuk maklumat lanjut, sila layari OECD RBC yang merangkumi rantaian bekalan dan hubungan perniagaan, kerana mereka juga mungkin terdedah kepada risiko yang berkaitan dengan rasuah.
Penilaian risiko rasuah bukanlah satu proses yang statik dan dilakukan sekali (one-off). Sebaliknya, penilaian tersebut perlu menjadi aktiviti yang berterusan dan proaktif yang menjadi asas kepada pengemaskinian dan proses memperhalusi kawalan dalaman yang berkaitan dengan rasuah dan program anti-rasuah syarikat (di mana yang berkenaan). Ini membenarkan syarikat menyesuaikan dasar yang boleh mengurangkan risiko sebagai tindak balas kepada risiko rasuah yang khusus, dan yang telah dikenal pasti.4Projek OECD, Yunani-OECD: Sokongan Teknikal Mengenai Anti-Rasuah, Industri Penilaian Risiko Rasuah dan Garis Panduan Penilaian Risiko Yunani Sebagai tambahan, menerbitkan maklumat mengenai proses pengurusan penilaian risiko rasuah, dan di mana yang berkenaan, menerbitkan keputusan penilaian risiko rasuah dapat memberikan mesej yang jelas dan tegas kepada pihak berkepentingan, pelanggan, pihak ketiga dan pengawal selia bahawa syarikat memandang serius mengenai isu rasuah dan komited untuk mencegah, mengurangkan dan mengatasi jika berlakunya kejadian rasuah.5Projek OECD, Yunani-OECD: Sokongan Teknikal Mengenai Anti-Rasuah, Industri Penilaian Risiko Rasuah dan Garis Panduan Penilaian Risiko Yunani
Proses penilaian risiko rasuah merangkumi pengenalpastian, analisis dan penilaian risiko kategori rasuah yang telah ditentukan.6https://rm.coe.int/eccd-cra-methodology-proposal-en/168098f194#:~:text=A%20CRA%20is%20a%20(diagnostic,as%20%E2%80%9Cco%2Dordinated%20activities%20to
Kenapakah Instrumen Penilaian Kendiri bagi Proses Penilaian Risiko Rasuah Berguna Untuk Syarikat?
Penilaian risiko rasuah adalah asas bagi mengurangkan gangguan kepada pencapaian objektif kewangan dan bukan kewangan, dan untuk memastikan kawalan berkaitan rasuah adalah sesuai dengan tujuannya. Selain itu, penilaian ini juga adalah satu faktor yang akan dilihat oleh pihak penguatkuasa undang-undang apabila penilaian ke atas program pematuhan syarikat dilakukan.
Dengan adanya proses pengurusan risiko, syarikat dapat mengenal pasti bahagian yang berisiko, memberi gangguan dan masalah kepada aktiviti rutin syarikat, dan syarikat dapat mengatasinya dengan lebih awal dan berkesan. Di dalam konteks pematuhan kepada anti-rasuah dan korupsi, bagi setiap program pematuhan yang berkesan, penilaian risiko rasuah sering menjadi komponen yang wajib. Benar, kebanyakan negara telah pun memasukkan komponen penilaian risiko rasuah ini sebagai satu syarat yang sah dalam undang-undang dan pengawalseliaan anti-rasuah bagi syarikat. Sebagai contoh, Chile telah melaksanakan satu kewajipan di dalam artikel 4 Undang-Undang 20.937https://www.bcn.cl/leychile/navegar?idNorma=1008668 agar syarikat mengamalkan model pencegah yang merangkumi penilaian risiko. Di Eropah, Perancis8https://www.legifrance.gouv.fr/jorf/id/JORFTEXT000033558528/ dan UK9UK telah menyediakan panduan mengenai parameter penilaian risiko. Kementerian Kehakiman UK (UK Ministry of Justice) (MOJ), membincangkan mengenai penilaian risiko di dalam Prinsip III daripada 6 Prinsip program pematuhan Tatacara Mencukupi. Prinsip III ini memberi mandat kepada syarikat untuk menilai “jenis dan keluasan pendedahan kepada rasuah luaran dan dalaman terhadap pihak yang berkaitan yang bertindak bagi pihak syarikat”. Selain itu, penilaian risiko perlu dilakukan secara berkala, perlu diberikan penjelasan dan perlu didokumentasikan. Daripada penilaian risiko ini, syarikat perlu “mempromosikan pengamalan prosedur penilaian risiko yang bersesuaian dengan saiz dan struktur syarikat, dan jenis, skala dan lokasi aktiviti yang dijalankan.” Akta Rasuah UK 2010 antara negara-negara lain yang juga memasukkan penilaian risiko sebagai satu syarat yang sah dalam undang-undang untuk syarikat yang beroperasi dalam pasaran sendiri dan di luar negara. Di Amerika Syarikat, Jabatan Keadilan (Department of Justice) (DOJ) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (Securities and Exchange Commission) (SEC) telah mengeluarkan panduan Akta Amalan Rasuah Asing (Foreign Corruption Practices Act) (FCPA) yang khusus untuk syarikat memahami risiko undang-undang yang berpotensi dan berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan di negara asing, yang juga berada dalam konteks FCPA dan mengambil langkah untuk melaksana dan mengemas kini program pematuhan mereka.10https://www.justice.gov/criminal-fraud/fcpa-resource-guide Di Asia Tenggara, Thailand telah menggubal dan mengeluarkan panduan untuk perniagaan swasta melakukan penilaian dan pengurusan risiko rasuah.11https://www.nacc.go.th/abas/upload/download/guidelines_en.pdf
Proses penilaian risiko rasuah yang efektif membolehkan setiap syarikat mengenal pasti dan memfokuskan usaha dan sumber untuk menangani rasuah dengan lebih baik. Proses penilaian ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko penyelewengan aset melalui rasuah dan dapat mengurangkan risiko penalti jenayah dan yuran undang-undang yang signifikan bagi syarikat, tetapi juga dapat mengurangkan kos. Ini adalah kerana sumber yang diperuntukkan untuk usaha pematuhan dapat dianggarkan dengan lebih tepat. Pada masa yang sama, terdapat juga pengurangan kos daripada peruntukkan yang disalurkan ke kawalan yang lebih efektif yang ditujukan ke risiko utama dan apa-apa risiko yang berada di luar toleransi risiko syarikat.
Objektif Petunjuk
Instrumen Penilaian Kendiri untuk Proses Penilaian Risiko Rasuah ini adalah bertujuan untuk kegunaan KPS yang sudah mempunyai program anti-rasuah dan pematuhan rasuah yang berdasarkan penilaian risiko rasuah dalam perniagaan mereka yang telah dilaksanakan sebelum ini. Dengan instrumen ini, tujuan pihak OECD bukanlah untuk membantu syarikat menyediakan proses penilaian mereka bermula dari tahap awal, tetapi untuk membantu syarikat mengenal pasti sebarang kelemahan yang terdapat pada proses penilaian mereka dan untuk memahami tahap kematangan metodologi penilaian bagi penambahbaikan proses tersebut. Dengan ini, syarikat dapat melaburkan sumber mereka dengan lebih baik sambil melaksankan penambahbaikan kepada prosedur untuk mengembangkan budaya integriti, sambil mengurangkan kos dan masa, dan yang paling penting, mengurangkan risiko rasuah.
Tips yang Boleh Digunakan
Semasa menjalankan proses penilaian risiko rasuah yang sedia ada, syarikat perlu meminta/menjemput beberapa kakitangan untuk turut serta dalam penilaian tersebut. Sebagai contoh, jika pengurus pematuhan menjalankan penilaian, mendapatkan sudut pandangan yang lain, seperti daripada rakan sekerja di jabatan audit atau perundangan, ini dapat membantu untuk syarikat lebih memahami kematangan/situasi organisasi. Kakitangan yang terlibat dengan proses penawaran (bidding) untuk kontrak kerajaan dan terlibat dengan pemilihan pembekal produk dan perkhidmatan, juga boleh memberi pandangan mereka mengenai penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam proses penilaian risiko rasuah.
Metodologi
Instrumen Penilaian Kendiri untuk Proses Penilaian Risiko Rasuah ini adalah berdasarkan daripada penanda aras antarabangsa dan standard nasional yang telah diuji dengan OECD dan pakar sektor swasta.
Senarai standard antarabangsa ini bukanlah senarai yang menyeluruh, tetapi mempunyai elemen yang paling kerap dirujuk pada panduan antarabangsa dan nasional.